Selasa, 29 November 2011

Mukhannats adalah anak jin atau syaitan

Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit.
Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.

9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA:-

ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )

MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).

WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

Isnin, 28 November 2011

Cara Menghadapi Jin Islam

Bila anda menghadapi jin yang beragama Islam maka lakukanlah dua cara iaitu menganjurkannya dan memperingatkannya. Lakukanlah sesuai dengan sebab maksudnya ke dalam tubuh tersebut. Jika sebab masuknya adalah kerana kezaliman manusia kepadanya maka beritahukanlah kepadanya bahawa orang ini tidak mengetahuinya dan tidak sengaja menyakiti sehingga tidak patut dia dihukum.

Bila masuknya ke dalam tubuh seseorang itu kerana mabuk cinta kepada manusia, maka jelaskan kepadanya bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Hendaklah dijelaskan pula tentang balasan Allah terhadap orang yang berbuat demikian pada hari kiamat. Kemudian beritahukan kepadanya tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang akan Allah berikan.

Bila penyebab maksuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang zalim.

Jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah Al-hamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan jin itu, jin tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah :

"Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia."

Setelah itu haruslah anda pastikan bahawa jin itu benar-benar keluar, kerana banyak diantara jin yang berbohong, kecuali bagi jin yang benar-benar berlindung kepada Allah. Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan jin itu masih terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka yang demikian itu sebagai tanda bahawa jin itu masih berada dalam tubuhnya. Jika tidak ada pengaruhnya, jin tersebut telah keluar.

Sabtu, 26 November 2011

Cara Menghadapi Jin Kafir

Langkah pertama yang harus dilakukan, hendaklah anda jelaskan Islam kepadanya secara lengkap, kemudian suruhlah dia masuk Islam tanpa paksa. Jika dia telah masuk Islam, maka suruhlah dia bertaubat dan jelaskan kepadanya bahawa taubat yang sempurna itu ialah melepaskan diri dari berbuat zalim dan hendaklah keluar dari jasad orang ini.

Langkah yang kedua, jika dia masih tetap dengan kekafirannya, maka janganlah dia dipaksa supaya masuk ke dalam Islam, akan tetapi perintahkanlah dia supaya keluar dari jasad tersebut. Jika ia keluar, maka bacalah Al-hamdulillah. Jika ia tetap degil, maka ancamlah dia atau boleh anda memukulnya. Akan tetapi janganlah anda memukul, jika sekiranya anda tidak 'arif dalam hal itu atau anda tidak dapat memastikan bahawa pukulan anda itu benar-benar mengenai jin, sebab ada jenis jin yang dapat mengelak ketika di pukul, sehingga pukulan tersebut mengenai orang yang kerasukan itu. Jika ingin memukul, lakukanlah pada bahagian tangan, punggung dan jari.

Langkah yang ketiga, bacalah surah-surah yang menyakiti jin seperti ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah dan surah Al-A'la.

Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti jin. Bila dia sudah menjawab, maka hentikanlah bacaan ayat Al-Qur'an tersebut atau memberhentikan pukulan, dan memintakanlah kepadanya supaya ia berjanji kepada Allah dan perintahkanlah ia supaya keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu.

Selasa, 22 November 2011

Jenis² Jin

Diriwayatkan dari sebuah hadis oleh Tha' labah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
الجِنُّ ثَلاثَةُ أَصنَافٍ: فَصِنفٌ لَهُم أَجنِحَةٌ يَطِيرُونَ فِى الهَوَاءِ, وَصِنفٌ حَيَاتٌ وَكِلاَبٌ, وَصِنفٌ يَحِلُّونَ وَيَظعَنُونَ

Jin itu mempunyai 3 jenis :

-satu jenis mempunyai sayap yang berterbangan di udara,
-satu jenis yang berupa ular dan anjing,
-dan satu jenis yang berpindah randah.

Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam pelbagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

Isnin, 21 November 2011

Khasiat Kasturi

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

Sabtu, 19 November 2011

Antara kiasan pesan Tuan Guru yang dirujuk oleh HQ

Benteng, perisai diri, pendinding diri dari gangguan jin...
solat fardhu itu akar,
terasnya qiamulail, solat hajat, tahajud, tasbih dan witir,
ranting rantingnya zikirullah, bacaan doa dan bacaan al quran,
daun daunnya doa dari org lain, mendengar bacaan al quran, berubat dengan rawatan Islam
sentiasa zikir di hati...itu baja untuk pohon benteng diri ini...

Khamis, 17 November 2011

Ayat yang bagus juga dibaca sebelum memagar rumah bersama Kasturi Syifa'

1. Beri salam apabila masuk rumah dengan ucapan:

'Assalamualaikum..demi janji kamu dengan Nabi Sulaiman, keluarlah engkau dari rumahku dan jangan khianati sesiapa.'

2. Doa untuk bakar jin atau gangguan di rumah sebanyak 3 kali :

'Masya Allahu Kana Wamalam Yasya'lam Yakun Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim'.

3. Surah Al-Jin ayat 1 hingga 15.

4. Surah Assoffat ayat 1 hingga 10.

5. Ayat Kursi

Dikatakan doa di atas adalah doa Nabi S.A.W. yang telah di datangi syaitan yang mahu menyerangnya. Dengan membaca doa ini, akhirnya syaitan terbakar hangus. Surah Jin pula menerangkan tentang golongan jin manakala Surah Assoffat menerangkan kekuasaan Allah dan adanya satu bintang yang bernama Shihab iaitu bintang yang cerdik yang merejam syaitan dengan api dan paling ditakuti oleh syaitan yang mahu menaiki arash untuk mengetahui qada' manusia. Terdapatnya tukang2 tilik yang menggunakan syaitan untuk melihat masa depan dengan cara sampai ke atas arash dan perkara ini amat bertentangan dengan ajaran Islam. Bintang Shihablah yang merejam syaitan dengan api untuk sampai ke sana dan syaitan amat takut dengan membaca ayat ini.

Sabtu, 12 November 2011

Info dari HQ


Kasturi Syifa' HQ menerima aduan daripada wakil ejen, di mana terdapat satu wangian kasturi yang hampir sama dengan Kasturi Syifa' yang menawarkan perkhidmatan rawatan kepada pelanggan. Mereka mengenakan bayaran sebanyak RM150 setiap kali rawatan dilakukan.

Di sini, ingin kami tegaskan bahawa:
Kasturi Syifa' keluaran Aroma Cinta Enterprise, adalah seperti kotak dan logo di atas.

Panel Perawat Kasturi Syifa' tidak pernah menetapkan bayaran untuk rawatan. Semuanya terserah kepada keikhlasan pesakit.

Hebahan ini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Tetapi hanya untuk menjaga nama baik Kasturi Syifa' dan pihak pengurusan, stokis dan ejen.

Rabu, 9 November 2011

Al Quran Sebagai Penawar

Banyak ayat Al Qur'an yang mengisyaratkan tentang pengubatan kerana Al Qur'an itu sendiri diturunkan sebagai penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang mukmin .

QS. Al Isra (17) : 82 : " Dan kami menurunkan Al Qur'an sebagai penawar dan Rahmat untuk orang-orang yang mu'min ". 

Menurut para ahli tafsir bahwa nama lain dari Al Qur'an yaitu " Asy Syifa' " yang ertinya secara Terminologi adalah Penyembuh.

QS. Yunus (10) : 57 : " Hai manusia , telah datang kepadamu kitab yang berisi pelajaran dari Tuhanmu dan sebagai ubat penyembuh jiwa, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ".

Di samping Al Qur'an mengisyaratkan tentang pengubatan juga menceritakan tentang keindahan alam semesta yang dapat kita jadikan sebagai sumber dari pembuat ubat-ubatan.

QS. An-Nahl (16) : 11 : " Dia menumbuhkan tanaman-tanaman untukmu, seperti zaitun, kurma, anggur dan buah-buahan lain selengkapnya, sesungguhnya pada hal-hal yang demikian terdapat tanda-tanda Kekuasaan Allah bagi orang-orang berfikir ".

QS. An-Nahl (16) : 69 : " Dan makanlah oleh kamu bermacam-macam sari buah-buahan, serta tempuhlah jalan-jalan yang telah digariskan tuhanmu dengan lancar. Dari perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam jenisnya dijadikan sebagai obat untuk manusia .Di alamnya terdapat tanda-tanda Kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berfikir ".

Rabu, 2 November 2011

Kegagalan Suatu Doa

Perkara perkara yang mempengaruhi gagalnya satu doa adalah sifat tergesa gesa  dalam menanti termakbulnya doa.Hamba yang berdoa tersebut terlau terburu buru .Dia merasa ijabahnya lambat,atau terlalu lewat datangnya hingga membuatnya terasa putus asa.Akhirnya,dia meninggalakan doa sama sekali.
   
Perumpaan orang seprti ini adalah seoarang pesawah yang menanam biji bijian.Dia memberi perhatian penuh kepada tanamannnya dan selalu menyiraminya.Namun ,setelah melihat hasil tuainya kurang sempurna,tidak seperti yang diharapkannya,dia meninggalkan dan mengabaikan tanamannya itu.Hasilnya tentu bukan tuai yang banyak ,melainkan kegagalan yang berpanjangan.
  
Dalam Sahih Bukhari, hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : "Akan dimakbulkan bagi seseorang di antara kamu selama tidak tergesa ges , (seperti mengatakan. "Aku telah berdoa namun belum juga dimakbulkan".
  "Akan tetap termakbul bagi seseorang hamba selama tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau untuk memutus silaturahim dan tidak tergesa gesa".
  
Seorang sahabat bertanya. "Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa gesa itu?
Dalam kitab hadith Imam Ahmad dari Anas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Seorang hamba akan selalu baik selama mana dia tidak tergesa gesa dalam berdoa. "Sahabat bertanya lagi, "Bagaimana seseorang tergesa gesa?Rasulullah menjawab "Orang yang menyebut."aku telah berdoa kepada tuhan, namun dia belum menjawab (memakbulkan) doaku"

p/s:senantiasalah bersabar dalam doa...

Selasa, 1 November 2011

Sihir Pukau

Adalah dari jenis sihir yang mampu mengubah pandangan mata seseorang.

Contoh :

1. Sesuatu objek yang asalnya tetap, tetapi tiba-tiba sahaja ianya bergerak-gerak.

2. Sesuatu objek yang asalnya kecil, tiba-tiba bertukar menjadi besar.

3. Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakikatnya yang sebenar, contohnya orang ramai di zaman Nabi Musa melihat tali dan tongkat bertukar menjadi ular yang bergerak-gerak.

Tukang sihir akan mempamirkan kepada orang ramai sesuatu benda yang dan dia akan memulakan bacaan mentera, jampi serapah atau apa-apa lagi bacaan syirik bertujuan memanggil syaitan­.

Sihir Penderitaan Sakit

1. Mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan.

2. Kerapkali diserang penyakit sawan.

3. Mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh badan.

4. Mengalami kelumpuhan keseluruhan anggota badan.

5. Lumpuh semangat dalam melakukan sebarang aktiviti.

Tanda tanda penyakit ini hampir sama dengan penyakit penyakit anggota badan yang lain. Untuk membezakan di antara keduanya, selepas dibacakan jampi ke atas mangsa atau ketika ayat-ayat jampi diperdengarkan, sekiranya tubuh mangsa mula bertukar menjadi kebas-kebas, seram sejuk, pening-pening kepala, jejari terketar-ketar atau tubuhnya berubah menjadi pucat lesi, maka sahlah si mangsa terkena sihir. Jika tidak ada gejala-gejala sedemikian sakit-sakit badan yang dialami ialah sakit biasa yang memerlukan rawatan pakar-pakar perubatan lain atau doktor.