Dalam melangkah ke alam teknologi penuh canggih,pelbagai tahyul dan khurafat masih menghantui kehidupan manusia yang merobek keharmonian hidup.Di celah kegigihan manusia mengejar harta dan kemajuan,terdapat juga segelintir masyarakat yang menyalahgunakan ilmu ghaib bagi kepentingan sendiri.Penggunaan hantu,jin dan syaitan dalam amalan sihir dan perdukunan masih berleluasa .Tanpa disedari perbuatan seperti ini menjerumuskan pengamalnya dan mereka yang melanggannya ke kancah kekufuran.Islam tidak hanya terbatas kepada dunia zahir atau dunia kasar yg kita huni ini,malah merangkumi dunia halus yg yang didiami oleh makhluk makhluk Allah yang lain seperti jin dan syaitan.Justeru,Islam mengiktirafkan makhluk makhluk ini walaupun sains dan teknologi manusia menafikannya.Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada umat Islam bagaiman berhadapan dengan makhluk ghaib ini.Tidak terkesan dengan peralatan zahir yg kita miliki,doa dan ruqyah(jampi) yang beliau ajarkan adalah senjata terbaik bagi menangani mereka.
Dengan itu,mereka yang menghadapi gangguan daripada golongan ini tidak perlu gusar bagi mendapatkan pertolongan dukun atau pawang yang kadang kala mengamalkan amalan syirik dan berdosa.Ruqyah atau jampi yang diajarkan oleh Rasullullah SAW sudah tentu bersumberkan wahyu yang tidak akan lari daripada landasan akidah yg lurus.Selain bertujuan menyekat dan menghapuskan serangan ghaib,ruqyah juga boleh digunakann bagi memulihkan masalah fizikal seperti demam,disengat binatang berbisa dan keracunan.kolaborasi terapi ruqyah dan perubatan moden InsyaAllah dapat meningkatkan tahap kesembuhan pesakit.Menggunakan ayat ayat Alquran serta zikir dan ruqyah juga terbukti berkesan merawat masalah gangguan psikologi.Kajian saintifik sendiri mengakui rawatan rohani memberi kesan yang besar terhadap keafiatan jasmani.
Menyedari besar manfaat ruqyah ini kepada umat islam,maka diilhamkan Allah kepada kami, satu produk iaitu KASTURI SYIFA' salah satu alat ikhtiar dan bantuan kepada masyarakat umumnya.Dengan kaifiat (cara penggunaan) yg mengajak masyarakat memohon kepada Allah dengan istighfar,ayatul kursi,alfatihah dan memohon hajat kepada Allah.Semoga Allah memandang usaha kami yg sedikit ini dalam membantu masyarakat hidup dalam ketenangan dan dapat menyempurnakan ibadah kepadaNYA.
Besar harapan bagi kami agar dengan penggunaan KASTURI SYIFA' ini,memberikan kesedaran dan ikhtiar kepada pengguna dan masyarakat bagi meneruskan khazanah perubatan yg bernilai ini.Akhirnya,kepada Allah kami memohon agar usaha yg sekecil ini dipandang dan dibantu dengan izinNYA.