- Kadangkala mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Dengan itu mereka yang didampingi jin tersebut suka melihat perkara-perkara maksiat, dan benci melihat perkara-perkara kebaikan. Kadangkala mereka juga tidak dapat bertentang mata dengan orang-orang yang soleh atau perawat.
- Berada di telinga kanan dan kiri. Dengan itu, manusia yang telinganya telah diduduki Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.
- Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang sebegini amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.
- Berada di dada, perut atau ari-ari, menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam dada, atau selalu mengalami was-was dan masalah emosional. Sentiasa sakit perut yang berangin-angin, bisa-bisa atau senak dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.
- Berada di kepala, tengkuk, bahu, tulang belikat, tulang belakang, dubur di celah-celah pelipat peha, di kerongkong dan hidung.
- Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia tersebut suka melakukan perkara-perkara maksiat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan