Selasa, 20 Disember 2011

Tanda² Gangguan

a) Tanda-tanda Ketika Tidur:

Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
Mimpi buruk yang menakutkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
Mimpi melihat makhluk halus.
Mimpi melihat salib atau gereja.
Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).



b) Tanda-tanda Ketika Jaga:

Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
Hilang ingatan (Gila).
Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
Lesu dan malas.
Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
Lenguh sendi-sendi.
Melihat sesuatu yang pelik.
Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
Jiwa lemah dan mudah mengalah.
Selalu mengantuk.
Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
Mudah marah dan panas baran.
Hilang darah.
Agresif dan bertindak liar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan