Sabtu, 11 Februari 2012

Bomoh mengakui kebenaran Muhammad

Imam Musim merekodkan daripada Abdullah ibn Abbas mengenai seorang bomoh bernama Dhimad dari Azdi Syanuah.Beliau mahir dalam ilmu mantera dan mampu mengubati penyakit gila.Pada suatu hari,beliau datang ke Mekah dan mendapat tahu daripada masyarakat di situ Muhammad adalah seorang yang gila.Dhimad memberitahu mereka ,sekiranya Muhammad gila,beliau sanggup mengubatinya dengan menggunakan mantera manteranya.Beliau pun terus menemui Nabi Muhammad bagi mengubatinya.

Nabi Muhammad terus berkata ,"Innal hamda lillahi.Nahmaduhu wa nasta'inuhu.Man yahdihillahu fala mudhillalahu.Wa man yudhil fala hadiyalahu.Wa asyhadu allailaha illallah wahdahu la syarikalahu.Wa anna Muhammadan a'bduhu wa rasuluhu".Selepas itu Dhimad pun berkata,"Aku pernah mendengar perkataan tukang tenung nasib ,perkataan tukang sihir,perkataan ahli syair,tetapi belum pernah aku mendengar kata kata seperti yang kamu ucapkan.Aku juga pernah bermusafir mengharungi lautan.Hulurkanlah tanganmu,aku akan bersumpah setia bagi memeluk agama Islam".Dhimad pun bersumpah setia kepada nabi Muhammad.

Keikhlasan Nabi Muhammad menyampaikan kebenaran tanpa dihanyutkan oleh perasaan marah dan dendam memberi kesan positif kepada mereka yang mendekati beliau.Pernyataan Dhimad ini adalah satu penyaksian Nabi Muhammad sebenarnya tidak menghidap sebarang penyakit apatah lagi penyakit jiwa.Sebaliknya beliau adalah orang yang jujur menyampaikan kebenaran kepada manusia tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan