soalan adakah kena sihir
saya nak minta pandangan ustaz ,mcm mane kita nak tahu samada kita dah terkene sihir ke tidak??dan kalau saya nak berubat untuk suami saya tanpa kehadiran dia bleh x?? wassalam
Assalamualaikum,
Sama ada kita kena sihir atau tidak bergantung kepada apa yang kita alami. Tidak boleh kita menentukan tanda2 kena sihir, kemudian kita mula mensesuaikan tanda tersebut pada diri kita. itu cara yang tidak tepat. Kerana kita seolah mencari2 tanda tersebut dlm diri kita, sehinggakan keadaan biasa pada diri kita pun akan dianggap tanda sihir.
Yang lebih baik ialah, dengan meneliti apa yg kita alami dahulu. Adakah perkara2 yang aneh berlaku? Adakah kita pernah alami mimpi yang berulang2? Adakah kita sakit, tp diagnos doktor mengatakan kita sihat? Jika ada sesuatu yang aneh, maka ada kemungkinan ada pengaruh gangguan makhluk halus. Tapi itupun masih terlalu kabur untuk menentukan kena sihir atau tidak.
Secara umumnya org yang terkena gangguan/sihir akan mengalami sesuatu yang tidak biasa dialaminya.
Contohnya:
1. Mimpi berulang. Mimpi itu mungkin mimpi jatuh, berjumpa seseorang, sesuatu menakutkan, menyusukan budak kecil atau di suatu tempat yang asing.
2. Sakit yang tidak dapat dikenalpasti oleh doktor hospital
3. Sakit pada badan yang beralih2 tempatnya
4. Perasaan terganggu
5. Reaksi apabila mendengar ayat2/doa
6. Dan byk lagi, setiap satu berbeza bagi setiap orang, tapi asasnya sama, iaitu mengalami sesuatu yang tidak pernah dialami.
Jika keadaan seperti biasa saja, tiada yg aneh pun, maka confirm tiada gangguan/sihir dan tidak perlu risau. Mungkin perasaan kita sahaja yang berprasangka kita disihir.
Boleh juga berubat tanpa kehadiran, maksudnya secara wakil ataupun dengan memberi maklumat orang yang perlu didoakan dan didoakan secara jauh. Wassalam.
assalamualaikum... saya nak minta pendapat ustaz... adakah sihir pelalau ni datangnya dari syaitan? bolehkah sihir ini datangnya dari manusia? bagaimanakah caranya untuk kita buang sihir ini sekiranya terkena?
BalasPadam