Sabtu, 15 Oktober 2011

Sihir Gila


Kharijah bin as Sulti telah meriwayatkan sebuah hadis dan katanya:

Aku telah pergi menemui Rasulullah S.A.W., untuk memeluk agama Islam. Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalanan aku telah melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yang terkena penyakil gila dengan tubuh badannya telah dirantai. Lalu salah seorang dan keluarganya berkata:

“Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa sahahat kamu ini telah datang membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yang telah anda dapati untuk merawat si malang ini ?”

Lalu aku pun menjampikannya dengan surah al Faatihah. Dengan izin Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluarga lelaki itu kemudiannya menghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing. Aku kemudiannya terus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku. Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:

“Adakah engkau (telah menambah dengan apa-apa jampi lain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?”

“Tidak!” Jawabku. Seterusnya Rasulullah S.A.W. bersabda:

Ertinya: “Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram sama sekali barangsiapa yang memakan hasil dari) jampi yang batil (tidak betul). Sesungguhnya kamu telah memakan hasil jampi yang hak (benar)”.

Kesan sihir

1. Mangsa menjadi sasau, kebingungan, pelupa dan kadang-kadang tidak sedarkan diri

2. Mangsa selalu meracau-racau dan menjerit jerit

3. Mata mangsa selalu terbeliak dan melilau-lilau.

4. Mangsa tidak tetap kedudukannya di satu-satu tempat.

5. Kerja-kerja yang dilakukan selalu sahaja terbantut atau tidak lengkap.

6. Tidak mengambil berat terhadap satu-satu pandangan penting.

7. Diperingkat yang kritikal, kadang-kadang dia berjalan-jalan dengan tidak diketahui kemana arah tuju dan kadang-kadang tidur ditempat yang terasing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan