Ahad, 9 Oktober 2011

Gangguan Pada Bayi


Kerap kali kita lihat anak-anak kecil atau bayi yang kerap menangis malam tanpa sebab. dah bg susu...tukar lampin sudah...perut tak kembung,semua ok

Antara langkah-langkah yang boleh di lihat sekiranya ada gangguan atau tidak ialah dengan melihat pada anak itu tadi...

  1. adakah matanya melilau melihat sekeliling
  2. menangis yang tiada air mata,
  3. menangis seolah seperti di cubit,
  4. menangis dalam keadaan takut,
  5. tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
  6. Tidor di selang seli dengan tangisan
  7. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari
sekiranya ada tanda-tanda seperti di atas, berkemungkinan ada gangguan.

Bagi ibu bapa yang mengalami situasi ini pertama-tama kali sabar dan jangan panik...kebiasaan ada sesetengah ibu bapa yang mengalami masalah ini, mereka akan menjadi lebih baran / pemarah ada juga yang tiba-tiba mengantuk. Jadi tingkatkan kesabaran.

Apalah gunanya sekiranya kita ibubapa tetiba marah pada anak/bayi yang masih kecil atas sebab menangis yang tak bersebab. Bagi saya bayi yang tiada gangguan mereka hanya tidur dan mahukan susu..menagis pun atas sebab sakit, kebiasaan perut kembung. Lain pada tu pasti ada gangguan.

Kaedah :

Apa yang kita boleh buat bila mengalami situasi ini
  1. Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
  2. Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.
Kalau tak dapat buat atas sebab kelam kabut, panik..minta pasangan anda pegang dan tenangkan bayi..anda bacakan pada air ayat-ayat tadi..dan sapulah pada bayi (lakukan seperti ambil wudu pada bayi) atau...

Paling mudah dengan adanya KASTURI SYIFA' ditambah dengan bacaan fatihah diawalnya serta selawat ke atas nabi sebanyak 11 kali,hembuskan padanya dengan penuh rasa keyakinan dan mengharap bantuan dari ALLAH.

InsyaAllah mudah-mudahan manfaat

7 ulasan: