RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN
Menurut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.
Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau di gunakan untuk mencuri barangan orang. Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”
Termaktub dalam Al Quran bahawa makhluk ini wujud mengancam kehidupan manusia, Ancaman ini tertulis bahawa bapa mereka Azazil telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t akan memusnahkan anak cucu Adam setelah terlaknat oleh Allah di sebabkan enggan sujud ( hormat ) kepada bapa manusia( Adam )
Buktinya permusuhan itu kita saksikan di mana terlalu ramai yang sering di ganggu, beribu satu macam dan jenis yang boleh di kaitkan dengan makluk halus tandanya ia tidak dapat di kesan oleh perubatan moden sedangkan mereka sering mengadu kesakitan, ataupun perubatan moden dapat mengesan sesuatu ketumbuhan di dalam badan pesakit namun apabila di bedah doktor tidak mendapati apa-apa pun yang berlaku.
MAKNA JIN Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
ASAL KEJADIAN JIN.
Firman Allah.وَخَلَقَ الجَانَّ مِن مَارِجٍ مِن نَارٍ Dan di ciptakan jin dari nyalaan apiAr Rahman 15
"Al-Maarij " المَارِِجِِBermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru.Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).
وَالجَانَّ خَلَقنَاهُ مِن قَبلُ مِن نَارِ السَمُومِ Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas.Al Hajar 27
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسجُد إذ أَمَُرتُكَ قَالَ اَنَاخَيرٌ مِنهُ خَلَقتَنِى مِن نَارٍ وَخَلَقتَهُ مِن طِينٍَAllah bertanya . Apakah yang menghalang kamu dari sujud ( kepada Adam ) apabila aku menyuruh kamu, lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya ( Adam ) dari tanah.(Al A'raf 12).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan