Isnin, 16 Julai 2012

Minyak Serbaguna Saraf (50ml)


Atasi Masalah Penyakit Berkaitan Saraf, Strok, Sakit Lutut, Resdung, Gangguan Makhluk Halus di Badan Anda Dengan Produk Minyak Serbaguna Saraf  - InsyaALLAH, sembuh...




Kandungan utama minyak Saraf adalah minyak zaitun. Seperti yang kita semua maklum, minyak zaitun adalah ciptaan Allah yang amat hebat dikurniakan kepada kegunaan manusia. Sedikit informasi mengenai buah zaitun. Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.
Buah zaitun adalah buah yang mengandungi mukjizat dalam menyembuhkan 1001 penyakit manusia baik penyakit fizikal/gangguan jin.Buah zaitun disebut sebanyak 7 kali dalam Al Quran dan banyak juga disebut pada hadis-hadis sahih,maka tidak syak lagi buah zaitun amat-amat mujarab dalam menyembuhkan bermacam-macam penyakit.

RASULULLAH SAW pernah bersabda : "Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat" (Hadis Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Maklumat Pembayaran 

Nama : Ibnu Hafeez Enterprise
Maybank : 552116209996
CIMB : 8601668648

"Hubungi saya dahulu umtuk pastikan stok masih ada - 0111 238 4792"

Setelah selesai buat bayaran, hubungi saya melalui 0111 238 4792 ataupun ibnu.hafeez@gmail.com. Kemudian berikan...

~ Jumlah (RM) dimasukkan
~ No rujukan
~ Nama, no tel & alamat pengeposan pembeli

Harga 

Berikut adalah harga terkini yang telah difinalisedkan untuk harga courier minyak sorof kepada pelanggan (berkuatkuasa mulai Zulhijjah 1436)

Semenanjung Malaysia:
1 botol RM20 ( poslaju RM7)
2 botol RM40 ( poslaju RM7)
3 botol RM60 ( poslaju RM7)

Sabah dan Sarawak:
1 botol RM25 ( poslaju RM10)
2 botol RM50 ( poslaju RM10)
3 botol RM70 ( poslaju RM10)



Kos di atas adalah tertakluk untuk kurier poslaju. sebarang tempahan untuk luar negara Malaysia, adalah tertakluk kepada budi bicara pihak ejen dan pelanggan. Terima kasih.








Ahad, 26 Februari 2012

Tanda tanda Sebelum Mendapat Rawatan

Tanda tanda berikut biasanya berlaku kepada pesakit sebelum rawatn dijalankan .Ia selalu berlaku ketika pesakit sedang dalam perjalanan ke pusat rawatan ataupun ketika menunggu giliran menjalani rawatan.

* Pesakit tiba tiba berasa cemas,berdebar debar dan ketakutan

*Pesakit tiba tiba berasa mahu membuang air kecil ataupun bear dan mahu segera pergi ke tandas.Pesakit juga    berulangkali   berasa mahu buang air kecil.

*Pesakit tidak senang duduk.Sekejap berdiri,berjalan mundar mandir dan sekejap duduk termenung.

*Pesakit berasa benci melihat perawat terutamanya yang mengikut sistem ruqyah dan sunnah nabi.Biasanya apabila pesakit menghubungi perawat untuk janjitemu melalui telefon,pesakit dihasut supaya tidak menruskan sesi rawatan.

*Pesakit berasa seram sejuk ataupun demam.

*Pesakit berpura pura tidur dan berlaku tenang.

*Pesakit lari dari tempat rawatan.

Kadar Kesan Penyakit Gangguan Jin

FAKTOR JIN

-Jin lebih tua ataupun lebih berpengalaman.Jin itu menganggu sehingga menyebabkan sakait yang teruk kepada pesakit.
-Bilangan jin yang terlibat juga dapat menjadi faktor penting.Lenih ramai tentera jin yang terlibat dalam gangguan,lebih kesan kepada pesakit.
-Tahap keganasan,kedegilan dan kejahatan jin juga perlu diambil kira.Lebih ganas jin ,lebih teruk pesakit menderita disebabkan sakitnya.
-Jin yang dirahkan oleh manusia jahat bagi mneyakiti seseorang,seperti dalam ilmu sihir.

FAKTOR PESAKIT

Faktor pesakit juga memainkan peranan.Bagi pesakit yang kurang amalan rohani,kurang bertawakal,lemah semangat,kurang kekuatan minda dan lemah dari segi fizikal mudah diganggu dengan teruk.

FAKTOR PERAWAT

Perawat yang menggunakan sihir bagi merawat penyakit gangguan jin ataupun dengan kata lain menggunakan jin bagi merawat gangguan jin biasanya menambahkan lagi penyakit dan penderitaan kepada pesakit.Pesakit mungkin tidak sembuh langsung ataupun sembuh sementara diikuti pula oleh sakit gangguan yang lebih teruk.

FAKTOR SOKONGAN KELUARGA DAN SAHABAT PANDAI

Pesakit yang mempunyai ahli keluarga ataupun sahabat handai yang prihatin dan memahami keadaan pesakit,mereka mempunyai peluang sembuh yang lebih baik dan kembali hidup normal.

Kadar kesan penyakit seperti yang dibincangkan adalah kemudah untuk perawat.Ini bukan bermakna sakit yang teruk itu tidak dapat dirawat dan bukan juga bermakna jin tua berpengalaman,ramai bilangannya ataupun terlalu ganas dan jahat perilakunya tidak dapat ditewaskan.Selagi seseorang itu berpegang teguh dengan akidah tauhid yang murni,tidak ada yang mustahil sekiranya Allah mengizinkan kesembuhan.Sifat sabar,usaha,doa dan tawakal tetap menjadi intipati dalam ikhtiar perawat merawat pesakit,manakala ikhtiar pesakit mencari ubat supaya sembuh dari gangguan jin.

Rabu, 15 Februari 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 merupakan satu platform ilmiah yang mengumpulkan ilmuwan agama tempatan dan antarabangsa. Mereka akan memberikan panduan kepada peserta dalam usaha melahirkan generasi “ummatan wasatan” yang wasatiyyah (bersederhana) dalam segala aspek kehidupan seorang Muslim – akidah, muamalah, ibadah, siyasah, dakwah, tarbiyah, cara hidup, Al-Quran dan Hadith ...apa yang menariknya kami akan berada di sini di Booth 10 Dewan Merdeka PWTC, 18-19 Febuari dari pukul 9 pagi hingga 11 malam...temui kami di sana.




Selasa, 14 Februari 2012

Tanda tanda Pesakit Dalam Keadaan Jaga

Apabila jin jin sudah memasuki tubuh manusia,mereka memulakn segala strateginya bagi mendatangkan medarat kepada tubuh mangsanya.Mereka mengikut arahan tukang sihir yang menghantar mereka.

-Gejala yang biasa adalah seperti sakit kepala ataupun pening yang berlanjutan ataupun berulang ulang.Pesakit mengadu sakit itu tidak sembuh dengan memakan ubat dan doktor tidak dapat mengesan punca penyakit yang dihidapinya.

-malas melakukan ibadat ,solat,tidak berminat mendengar perkara agama dan selalu lalai mengingati Allah.

-Berasa sakit sakit ataupun lenguh lenguh badan,lemah lesu dan tidak bermotivasi kerja,berusaha ataupun belajar.

-Pesakit mengadu sakit belakang,bahu,tengkuk,lutut ataupun sendi sendi tangan.Pesakit juga mengalami rasa salit yang teruk ketika bangun daripada tidur.

-Terasa sakit dibawah tapak kaki seolah olah berjalan diatas paku ataupun batu tajam.

-melihat sesuatu yang menakutkan ketika dalam keadaan sedar seperti bebola api terbang,makhluk ganjil hodoh berwarna hitam,ular hitam,kucing hitam,burung gagak,lalat,langau dan kadang kadang pesakit terlihat hanya sebahagian tubuh jin seperti kaki ataupun tangan yang berbulu.Ada yang dapat melihat kelibat kelibat makhluk ataupun benda bergerak yan tidak jelas didalam rumah yang melintas dihadapan,sisi ataupun belakang.

-Mendengar bisikan ,suara yang memanggil nama pesakit tanpa melihat orang yang berkata kata,bunyi cakaran di dinding,bunyi orang berjalan diatas bumbung,mendengra orang berjalan jalan diluar rumah ataupun mengetuk pintu tetapi tidak ada orang di luar rumah dan terdengar dengusan nafas seprti nafas haiwan.

-Tercium bau wangi,bunga bungaan ,nau tahi ataupun sampah dan bau kemenyan yang dapat dihidu sebentar sahaja.

-Mempunyai sakit ketumbuhan,kanser yang sukar diubati.

-Terasa seperti diperhatikan orang ketika bersendirian dan berasa gerun secara tiba walaupun duduk bersendirian.

-tidak mampu fokus ketika berfikir dan kusut fikiran di tempat tempat yang tertentu seperti di rumah,pejabat ataupun premis perniagaan.pesakit mudah berasa resah ataupun berdebar apabila dalam perjalanan menuju ketempat tempat itu.

-Lemah jiwa dan tidak bersemangat untuk hidup.Ada pesakit yang didatangi bisikan bisikan hasutan supaya membunuh diri.

-Mudah menjad stress,marah dan panas baran tanpa alasan yang kukuh dan kadangkala membawa kepada perlakuan yang mampu mencederakan orang lain.

-Tidak dapat mengawal emosi.Pesakit sering berasa hiba yang keterlaluan ataupun terlalu sensitif.

-Berasa mengantuk ketika solat,membaca Al Quan dan berzikir.

-Mengalami kesukaran mengandung dan sekiranya mengandung sering mengalami keguguran.Keluarnya darah haid yang melebihi tempoh 15 hari dan sering mengalami senggugut yang teruk ketika haid.

-Perempuan yang sedang mengalami haid pada masa yang sama mengalami gangguan jin.Masalah gangguan jin pada ketika itu menjadi lebih teruk.Ini kerana perempuan mengalami haid tidak boleh solat.

-Penayakit gila atau dlam bahasa perubatan dikenali sebagai skizofrenia.Pada keadaan ini minda pesakit sudah dikwal sepenuhnya oleh syaitan dan iblis.Pesakit tidak mampu membezakan antara alam nyata dana alam ghaib.Meraka seperti hidup di alam sendiri dan lebih suka menyendiri.Pesakit juga kelihatan bercakap seorang diri.

Isnin, 13 Februari 2012

Tanda tanda Jin Cuba Memasuki Tubuh

-Pada tahap ini,jin jin cuba memasuki tubuh pesakit.Laluan yang biasa digunakan oleh mereka adalah melalui hujung jari jemari,telinga,mata dan mulut.

-Pesakit berasa seperti hujung jari jemari tangan ataupun kaki seperti dicucuk jarum.Ada pesakit yang dapat menggambarkannya seperti rasa terbakar ataupun panas di hujung jari jemari.

-Pesakit berasa kebas ataupun semut semut pada anggota tangan,kaki ataupun muka.

-Pesakit berasa sakit pada pinggang,bahu.tengkuk ataupun kepala.

-Pesakit berasa seolah olah mabut laut,loya ataupun seperti mahu muntah.

-Sakit perut memulas mulas ataupun seperti dijerut tali.

-Pesakit berasa seram sejuk ataupun seperti mahu demam.

-Pesakit berasa meremang tengkuk ataupun bulu roma.

Tanda tanda Bermula Serangan Jin

Tanda tanda ini berlaku ketika jin belum masuk ke dalam tubuh pesakit.Kemungkinan, jin itu baru dihantar oleh tukang sihir ataupun upacara sihir baru bermula.

-Pesakit berdebar debar tanpa sebab.Pesakit mungkin berasa tidak sedap hati ataupun berasa tidak tenteram buat seketika.

-Pesakit dapat merasakan desiran angin yang bergerak pantas sama ada di sebelah telinga ataupun kedua dua sekali.Kadang kadang pesakit mungkin dapat berasakan telinganya berdesing.

-Pesakit mendapat lintasan wajah seseorang dalam mindanya secara sepintas lalu.Ini tidak berlaku kepada semua pesakit.

Ahad, 12 Februari 2012

Kenali Mereka


Bersama Shafiq Khairi, Musleh Muhammad Ali, Mohd Izzat Zulkufli, Aznil Zulkifli, Zaharuddin Zainal, Mohd Helmy dan Hafiz Ahmad

Sabtu, 11 Februari 2012

Jenis jenis Gangguan

SIHIR

Sihir ialah gangguan jin yang biasa berlaku dalam masyarakat Melayu walaupun pada zaman yang serba moden ini.ia adalah jenis gangguan yang biasa kami temui dalam kalangan pesakit kami.Sihir biasanya didalangi oleh pengamal bomoh yang mencari wang atas penganiyaan orang lain.

SAKA

Saka secara ringkasnya ialah gangguan jin yang sudah menjdai pusaka turun temurun.Jin Jin itu dipelihara demi sesuatu tujuan dan kemudian dipindahkan dari satu generasi ke generasi keluarga manusia yang berikutnya.Semasa dalam proses rawatan pesakit perlu sentias bersabar kerana kes saka adalah kes berat.

JIN YANG SINGGAH

Jin yang singgah kepada manusia biasanya adalah pilihan jin itu sendiri sama ada kerana suka ataupun demi membalas dendam.

JIN YANG DISERU

Jin yang diseru pula biasa berlaku dalam kalangan pengamal pengamal silat,perbomohan,tariqat yang jelas sesat,pengamal ilmu hitam yang mempunyai tujuan tujuan seperti susuk,ilmu kebal,ilmu pendinding ,santau dan lain lain lagi.

HISTERIA

Keadaan dimana fungsi akal manusia di ambil alih sepenuhnya oleh gangguan jin yang merasuk.

Gangguan gangguan jin adalah sama walaupun berbeza pada nama ataupun cara gangguan itu berlaku.Ejen ataupun medium yang menyebabkan gangguan itu masih dalam kumpulan makhluk jin yang sama.Manusia yang yakin Tuhannya adalah Allah tidak perlu berasa gentar.Selagi manusia mempunyai iman yang kukuh,akidah yang mantap,amalan yang istiqomah serta ikhlas,sentiasa menghubungkan diri dengan Allah dan bertawakal kepadaNya menyebabkan syaitan dan iblis berasa gentar.Manakala,kadar kesan penyakit gangguan jin ini bergantung pada beberapa faktor.

Peliknya Umatku

Peliknya umatku....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata.
Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu
ayam pun tak bangun lagi Tapi,pukul 3 pagi akan jadi
terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2rakaat
diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku ..
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar
dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg
taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi
kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umatku....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji
penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main
piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya umatku....
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-
himpit dipadang
konsert hiburan..sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5minit sahaja.

Peliknya umatku....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak
cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok,diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku....
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia
kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12,saat ygditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar.sedihnya..takramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....
setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan
tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan
menyedarkan.....Walaupun ianya PELIK BILA DIFIKIRKAN

Perasan Tak?

PERASAN X?...duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN X?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN X?...betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.

PERASAN X?...susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.

PERASAN X?...betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang.

PERASAN X?...susah sangat baca al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

PERASAN X?...orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Bomoh mengakui kebenaran Muhammad

Imam Musim merekodkan daripada Abdullah ibn Abbas mengenai seorang bomoh bernama Dhimad dari Azdi Syanuah.Beliau mahir dalam ilmu mantera dan mampu mengubati penyakit gila.Pada suatu hari,beliau datang ke Mekah dan mendapat tahu daripada masyarakat di situ Muhammad adalah seorang yang gila.Dhimad memberitahu mereka ,sekiranya Muhammad gila,beliau sanggup mengubatinya dengan menggunakan mantera manteranya.Beliau pun terus menemui Nabi Muhammad bagi mengubatinya.

Nabi Muhammad terus berkata ,"Innal hamda lillahi.Nahmaduhu wa nasta'inuhu.Man yahdihillahu fala mudhillalahu.Wa man yudhil fala hadiyalahu.Wa asyhadu allailaha illallah wahdahu la syarikalahu.Wa anna Muhammadan a'bduhu wa rasuluhu".Selepas itu Dhimad pun berkata,"Aku pernah mendengar perkataan tukang tenung nasib ,perkataan tukang sihir,perkataan ahli syair,tetapi belum pernah aku mendengar kata kata seperti yang kamu ucapkan.Aku juga pernah bermusafir mengharungi lautan.Hulurkanlah tanganmu,aku akan bersumpah setia bagi memeluk agama Islam".Dhimad pun bersumpah setia kepada nabi Muhammad.

Keikhlasan Nabi Muhammad menyampaikan kebenaran tanpa dihanyutkan oleh perasaan marah dan dendam memberi kesan positif kepada mereka yang mendekati beliau.Pernyataan Dhimad ini adalah satu penyaksian Nabi Muhammad sebenarnya tidak menghidap sebarang penyakit apatah lagi penyakit jiwa.Sebaliknya beliau adalah orang yang jujur menyampaikan kebenaran kepada manusia tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Khamis, 2 Februari 2012

Tempat tempat Kegemaran Syaitan

Ada beberapa tempat,ruang ataupun senjata yang digunakan oleh syiatan bagi menyerang dan menipu daya manusia.

1)TANDAS

Ini adalah tempat kotor yang dipenuhi najis.Tempayt tempat ini diskuai syaitan.Gangguan sihir juga boleh berlaku didalam tandas,kerana ia adalah tempat strategik untuk golongan jin melakukan seranga hendap kepada manusia.Orang islam dianjurkan supaya membaca doa meminta perlindungan daripada Allah sebelum memasuki tandas.

2) Pasar-pasar

Pada zaman moden,pusat membeli belah,pasar malam dan pasaraya pasaraya juga adalah antara tempat yang disukai oleh syaitan dan juga iblis.Tempat tempat itu adalah tempat manusia berkumpul.Terdapat banyak lubang syaitan yang melekakan manusia seperti ramai perempuan yang tidak menutup aurat,pertunjukan muzik ataupun kesenian,panggung panggung wayang dan pelbagai  lagi.Syaitan syaitan juga mampu mempengaruhi manusia ketiak menjalankan perniagaan.Nabi muhammad sudah mengajar kita supaya menyebut nama Allah memasuki tempat tempat ini.

3)MAKANAN

Ketika makan dan minum,orang islam dianjurkan supaya mebaca Bismillah dan ditutup pula dengan membaca  Alhamdulilah.Apabila kita tidak mengamalkan bacaan doa sebelum dan selpas makan,syaitan syaitan pasti makan bersama bersama dengan kita.

4)PERKARA YANG MEMABUKKAN

Contoh utama dalah arak dan najis dadah.Orang yang terlibat dalam gejala negatif seperti ini cenderung melakukan maksiat.Akal mereka sudah tidak dapat berfungsi secara rasional.Akibatnya,mereka terdorong melakukan perkara  perkara yang dilarang oleh agama.

5)MUZIK YANG MELEKAKAN

Mendengar muzik secara berlebih lebihan dan tidak mengikut syariat islam dapat membuka laluan syaitan dan iblis melalaikan manusia.Sebagai contoh,dalam konsert konsert ataupun tempat berkaraoke terjadi percampuran bebas anatara lelaki dan perempuan.Keadaan ini mampu mengundang perlakuan perlakuan yang lebih teruk lagi.
Pada peringkat yang lebih parah lagi,ada yang memuja iblis dalam lagu lagu rock dan pengaruh Black Metal yang nyata menyimpang daripada ajaran islam.Mereka yang terkena gangguan sihir dilarang terus daripada mendengar muzik.

6) Syair Syair 

Syair ibarat al quran untuk iblis.Pada zaman dahulu,Orang Arab begitu mengagungkan agungkan syair.dalam syair ada pengaruh yang mampu menggalakkan perbuatan maksiat seperti syair yang mengagungkan cinta kepada wanita,harta dan dunia.Bukan semua syair mampu menjadi sumber inspirasi ataupun semangat juang.Syair syiar pada zaman moden ini digabungkan dengan muzik lalu menjadi industri seni muzik yang mampu melalaikan manusia.

7)Tatu

tatu pada kulit manusia menjadi lambang yang disukai oleh jin,syaitan dan iblis.Ia seperti seni khat untuk iblis.Tatu menyebabkan manusia cuba mengubah ciptaan Allah yang zahir.Biasanya,gambar gambar yang dilukis pada tatu seperti lambang syaitan.gambar lucah dan simbol simbol ganas.

8)Dusta 

Dusta dapat diibaratkan seperti hadis untuk syaitan dan iblis.Berdusta adalah salah satu tanda orang munafik.Orang yang suka berdusta mampu menimbulkan fitnah dalam kalangan.Cerita cerita rekaan ini berupaya memecah belahkan umat manusia seluruhnya.Perkara ini sememangnya disukai oleh mereka.Sebagai contoh,pada skala yang begitu besar,Agen CIA menipu perihal wujudnya senjata pemusnah besar besaran(Weapon of Mass Destruction atau WMD)di Iraq yang menyebabkan negara islam itu diserang oleh Amerika dan ramai rakyat Iraq terkorban

9)Perempuan

perempuan adalah senjata iblis yang paling utama dalam usaha mengalahkan lelaki secara khususnya dan manusia secara umumnya.Alquran menceritakan bagaimana Nabi Adam berjaya ditipu oleh syaitan melalui perantaran Siti Hawa.Allah mencipta wanita kecantikan,keindahan dan kelembutan sebagai pasangan kepada kaum lelaki.Wanita mampu menggoda lelaki lalu menundukkannya.Kelebihan kelebihan yang ada pada wanita sering kali digunakan oleh iblis bagi merosakkan manusia.Apabial terbukanya aurat wanita dan hilangnya rasa malu dalam diri mereka menyebabkan berleluasanya gejala zina dan seterusnya merosakkan nasab manusia melalui lahirnya anak tidak sah taraf.Pada zaman ini,pornografi tersebar luas di internet bagi merosakkan minda manusia secara global dan halus.

Gangguan ganguan Jin

Gangguan Pancaindera

Keadaan ini biasanya berlaku dalam amalan ilmu sihir yang menglibatkan mental.Gangguan ini bersifat lebih nyata dan secara langsung kepada minda orang yang terkena gangguan.Biasanya,pesakit mengalami masalah seperti kekusutan fikiran,tidak fokus kepada kerja yang dilakukan,mendengar bisikan biskan secara nyata,mencintai mahupun membenci seseorang tanpa sebab,panas baran tidak menentu,bercakap seorang diri seperti orang gila dan pelbagai lagi.


Gangguan Fizikal

Keadaan juga biasa berlaku dalam amalan ilmu sihir.Pesakit berasa sakit sendi sendi seperti dicucuk cucuk,rasa seram sejuk ataupun demam dengan suhu badan yang terlalu panas,sakit kepala yang bagaikan mahupun meletup,perut yang membesar secara tiba tiba,wanita yang mengandung mengalami keguguran dan pelbagai lagi.Namun begitu,beza anatara gangguan dan penyakit fizikal yang sebenar adalah apabila diperiksa oleh doktor perubatan moden,punca asal penyakit yang dihidapi tidak dapat dikesan .Pemeriksaan darah ataupun x ray menunjukkan pesakit tidak menghidap sebarang penyakit seperti yang dialami.

Gangguan sosial

Keadaan ini juga biasa berlaku dalam amalan ilmu sihir.Sebagai contoh,pasangan yang berkahwin kerap bergaduh sehingga bercerai,keluarga menjadi papa kedana kerana bapa tidak dapat keluar bekerja mencari rezeki seperti biasa,adik beradik bergaduh dan berasa panas apabila berjumpa dan pelbagai lagi.Dalam majlis perkahwinan nasi yang ditanak sekian lama tidak masak masak akibat perbuatan ilmu hitam.Tujuannnya adalah bagi memalukan tuan rumah kepada seluruh orang kampung.

Sabtu, 28 Januari 2012

Penipuan dan peluru peluru syaitan

Imam Ghazali menyatakan antara pintu yang menjadi laluan ataupun pusat kelemahan manusia yang selalu digunakan oleh syaitan terdiri daripada:

-Perasan Marah
-nafsu syahwat yang tidak terkwal
-Perassan tamak kepada harta, kuasa ,nama mahupun kedudukan.
-Perasaan hasad.
-Cinta kepada perhiasan,hartabenda dan kemewahan dunia.
-Berharap dan bergantung kepada manusia.Lupa kepada Allah,Allah adalah sebaik baiki tempat bergantung harap dan mengadu kepadaNya.
-Tergopoh gapah dalam perbuatan dan membuat keputusan.
-terburu buru mengikut nafsu tanpa memikirkan kebaikan ataupun keburukan perkara itu sebelum mengambil tindakan.
-Cinta kepada dinar,dirham dan emas ataupun wang ringgit.
-sikap kedekut.
-Fanatik kepada mazhab dan kelompok tertentu sehingga memandang orang lain rendah tarafnya.
Berfikir tentang zat,sifat dan perbuatan Allah tanpa garis panduan ilmu.
-Sikap buruk sangka kepada sesama saudar islam.

Iblis dan Syaitan sememangnya bijak mengeksploitasi kelemahan kelamahan manusia.Setiap pintu tipu daya digunakan dengan sebaik baiknya bagi menyesatkan manusia,menimbulkan kekacauan jiwa,mengakibatkan perpecahan dalam kalangan ahli keluarga,masyarakat dan umat sejagat.
Apabila perkara ini berlaku,mereka mengelakkan manusia kerana mereka sudah berjaya mencapai misi mereka,iaitu membalas dendam kepada semua anak cucu keturunan Nabi Adam dan Siti Hawa.

Isnin, 16 Januari 2012

Panduan Elak Diri dari Sihir

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

Soalan : -

Ustaz, saya telah memulakan perniagaan kira-kira enam bulan yang lalu dengan membuka sebuah warung makanan. Pada mulanya perniagaan berjalan lancar tetapi setelah dua bulan, perniagaan mula merosot. Adakalanya saya hanya mendapat sebanyak RM20 sehari. Lauk-pauk yang banyak terpaksa dibuang begitu sahaja.

Saya ada memanggil dukun untuk menengokkan perniagaan saya. Kata dukun tersebut, ada orang yang telah menyihir saya. Kemudian baru saya teringat saya pernah terjumpa sebuah bungkusan yang mengandungi tanah dan beberapa barangan lain ditinggalkan di kedai saya dan saya terus membuangnya ke dalam tong sampah.

Saya ingin meminta nasihat daripada ustaz, apakah amalan-amalan yang patut saya buat bagi menghindari perbuatan sihir seperti ini.

- Siti Hawa, Kajang.

Jawapan :

Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285) 

Kedua : Bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari firman Allah ertinya :

" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" ( Al-Hijr: 42)

Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)

Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih dahulu :-

1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : " ... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan "sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun" ( Al-Baqarah : 102)

3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " ( Al-Baqarah : 102 )

4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-

Ertin firman Allah : " Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)

Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :



Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :

من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )

Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Dalilnya :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ", ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك (رواه مسلم وأبو داود )

Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

Kenali Khadam Ayat

Soalan: Saya pernah menuntut ilmu yang dikenali sebagai “ilmu khadam ayat” daripada seorang
pak haji yang tinggal di negara jiran dan saya mengamalkannya sehingga sekarang ini. Banyak
kebaikan yang diperoleh, tetapi sejak kebelakangan ini isteri saya kadang-kadang terlihat lembaga
seperti saya, padahal ketika itu saya kerja luar dan tidak bermalam di rumah. Adakah apa yang
berlaku hanya khayalan isteri saya semata-mata?
– Paidi Keromo, Banting.


Jawapan: Satu istilah yang agak popular di kalangan mereka yang melibatkan diri dengan rawatan
tradisional ialah “khadam ayat”. Menurut seorang responden, khadam ayat bukan daripada
golongan manusia, jin ataupun malaikat, tetapi merupakan “khadam” kepada ayat yang dibaca dan
diamalkan menurut kaedah tertentu. Ayat al-Kursi misalnya memang mempunyai fadilat besar yang
boleh digunakan untuk merawat sakit akibat gangguan. Sekiranya seseorang itu membaca ayat ini
dalam kekerapan tertentu, selama 40 hari di tengah malam di samping membaca ayat-ayat berikut:
Bi ‘s-mi ‘Llahi mujbiruha
Aqsamtu calayka ayyuha ‘l-Khadim Qaytu ‘r-rusi
Bi ‘s-mi ‘Llahi ‘l-cazimi ‘l-aczam
Inni cabdullah wa bi ‘n-nuri wa bi ‘Llah
Wa bima jara bihi ‘l-calimu cinda ‘Llah.


Orang yang berkenaan akan didatangi oleh makhluk berjubah hijau menghulurkan tangan dalam
keadaan sedar, bertanyakan apa yang dihajati. Tujuan yang perlu dijelaskan oleh pengamal ialah
supaya makhluk itu taat menurut perintahnya.


Menurut responden, khadam ayat akan menjaga diri pengamal, keluarga dan harta bendanya, juga
boleh digunakan untuk tujuan rawatan. Ia juga boleh diperintahkan menjaga orang lain. Ketika
pengamal tidak ada di rumah, khadam ayat akan menjaga rumah dengan menjelmakan diri
menyerupai orang berkenaan. Khadam ayat hanya diguna untuk menangani sakit yang teruk
ataupun masalah besar. Memperoleh khadam ayat tidak ubah seperti memperoleh pisau tajam yang
hanya perlu digunakan untuk memotong benda-benda besar. Walaupun demikian ia juga boleh
digunakan bagi tujuan jahat kerana khadam ayat taat menurut kata pengamalnya. Kerana itulah
orang yang mengamalkan kaedah untuk mendapatkan khadam ayat perlu terdiri daripada orang
yang ikhlas dan berilmu agar ilmu yang dimiliki itu tidak disalahgunakan, yang akhirnya akan
merosakkan diri sendiri dan orang lain.


Seorang pengamal rawatan tradisional lain, berumur 60 tahun yang tinggal di Semenanjung
menegaskan orang yang menurun diresapi jin-jin termasuk iblis dan syaitan tetapi khadam
termasuk khadam ayat tidak boleh meresap ke dalam tubuh manusia. Ketika menurun, jin-jin
datang bersatu dengan roh (angin) yang disedut melalui pernafasan meresap dalam tubuh
menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri. Apabila angin iblis lebih banyak atau lebih
menguasai angin badan (hak Allah) dalam tubuh maka ia akan menyebabkan seseorang ini tidak
sedarkan diri (menurun). Hal yang sama berlaku ke atas mereka yang terkena rasuk.Menurut pengertian yang difahami orang Melayu, khadam bererti hamba ataupun orang suruhan
yang taat kepada tuannya. Menurut responden yang sama, khadam yang dimaksudkan di sini bukan
orang suruhan seperti yang difahami umum, seumpama hubungan antara seorang tuan dengan
orang suruhannya.


Khadam adalah sejenis makhluk, bukan daripada golongan manusia dan bukan daripada golongan
jin sama ada jin kafir ataupun jin Islam. Khadam yang mendampinginya bukan terdiri daripada
makhluk halus belaan atau sahabat kerana ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian antara mereka
dalam keadaan apa sekalipun, sama ada untuk memberi makan pada waktu-waktu tertentu atau
sebagainya.


Khadam yang berdampingan dengannya adalah terdiri daripada makhluk yang diutus oleh Allah
yang termasuk dalam golongan makhluk ghaib. Dia adalah hamba Allah yang bertaraf wali, seperti
wali sepuluh yang terpilih daripada segala wali yang dikenali sebagai “Rijalul Ghaib”, yang juga
dikenali sebagai “Khadam Roh”.


Khadam bukan jin Islam, tetapi wali Allah. Makhluk yang tidak berdosa, asalnya adalah manusia,
apabila mati ghaib begitu sahaja tanpa kubur. Responden mendakwa gurunya dari Kelantan, ghaib
setelah dikebumikan. Khadam adalah hak Allah.
Amalan yang dilakukan olehnya untuk berdampingan dengan khadam ialah dengan mengadakan
kenduri terlebih dahulu sebelum mengamalkan ayat-ayat yang terdiri daripada Kepala Doa
Akashah, Doa Akashah, Pelapik Doa Akashah, Doa Rijalul Ghaib selepas menunaikan sembahyang
fardu selama 40 hari.


Tidak lama setelah mengamalkan ayat tersebut ia bermimpi melihat bulan. Pada malam berikutnya
ia bermimpi didatangi oleh seorang lelaki berjubah yang kemudiannya diikuti oleh mimpi-mimpi
lain yang tidak pernah berlaku sebelum itu pada malam-malam berikutnya. Bermula dari hari itu ia
didampingi khadam yang boleh dipanggil untuk tujuan rawatan dan tilikan.
Ketika melakukan rawatan ataupun ketika berhadapan dengan seseorang yang memerlukan
pertolongan, responden akan memanggil khadam yang mendampinginya tadi. Perkataan “Tok
Syeikh” digunakan untuk merujuk kepadanya. Bagi tujuan rawatan, mula-mula responden akan
bertanyakan nama pesakit ataupun orang yang memerlukan pertolongan. Kemudian ia memanggil
Tok Syeikh dengan kata-kata:


Bis ‘mi ‘Llahi ‘r-rahmani ‘r-rahim
Ya allah, ya Tuhan,
Ya Ilahi, kaf ha ya cayn sad
Ya Hayyu ya Qayyum, Ya sadiq
Ya uli ‘l-albab.
(kata-kata ini disambung dengan bacaan al-Fatihah yang didahului oleh bacaan bismillah).
Ya Rijalul ghaib
Wali-waliAs-salamu calaykum ya Rasulullah
Ya Jibrail
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Ya Rijalal Ghaib
Mari sini
As-salamu calaykum
Ya Qutub, Nubah, Abdar, nor Jabar
Penjaga alam
Ya Rijalul Ghaib
Engkau jaga empat penjuru alam ini
Engkau jaga diri aku
Jangan beri rosak mari
Dan anak isteri aku
Dan harta milikku
Ya Rijalul Ghaib
Mari sini, tengok apa sakit
(sebut nama pesakit dan nama ibunya)
Ya Rijalul Ghaib.


Sekiranya sakit yang dialami oleh seseorang itu akibat sihir, khadam akan memberitahunya
termasuk jenis sihir sama ada sihir melalui pemakanan, terlangkah benda dan sebagainya. Dalam
masa yang sama, khadam boleh diminta memusnahkan sihir yang ditanam di bumi, ataupun sihir
yang dibuat dengan kaedah lain.


Setelah upacara rawatan sempurna dilakukan, responden membaca ayat-ayat al-Quran (at-Talaq: 2-
3) yang lebih dikenali sebagai Ayat Seribu Dinar.
Responden juga mendakwa bahawa ia tidak ada membuat apa-apa perjanjian dengan rijalul Ghaib.
Apa yang dilakukan ialah membaca al-Fatihah sebanyak tiga kali yang disedekahkan kepada
Rijalul Ghaib sebelum ia memanggilnya datang. Makhluk ini amat suka disedekahkan dengan
bacaan al-Fatihah.


Setelah Adam sempurna dijadikan, Allah memerintahkan para malaikat agar sujud
menghormatinya. Iblis yang pada mulanya begitu tekun, taat dan tunduk menghambakan diri
kepada Allah bersama para malaikat (Umar Sulaiman, 1985: 42), menjadi sombong dan takbur,ingkar sujud kepadanya kerana ia merasakan dirinya yang dijadikan daripada api itu lebih mulia
daripada Adam (al-a’raf: 12). Allah telah melaknat dan mengusirnya keluar dari syurga dan akan
ditempatkan di neraka (al-a’raf: 38 dan 179, as-Sajdah: 13, ar-Rahman: 46-47). Kerana itulah iblis
bersumpah akan menyesatkan Adam dan keturunannya (al-a’raf: 16-17) dan akan melakukan
dengan apa cara sekalipun untuk melaksanakan sumpahannya itu.


Apabila ketaatan bertukar menjadi keingkaran dan reda dengannya, iblis berasa seronok melakukan
kejahatan (ibid: 42). Begitu juga halnya dengan manusia yang rosak, di mana nafsunya sebati
dengan keinginan untuk melakukan kejahatan. Ketika itu ia akan berasa seronok berbuat demikian
dan berasa asyik untuk merosak akal, agama, diri dan harta (ibid: 43).
Iblis telah bersumpah akan menyesatkan manusia yang ada di muka bumi, menyebabkan tidak
ramai manusia yang termasuk dalam golongan orang yang bersyukur (Saba’: 13). Allah ada
berfirman (al-Hijr: 42) menyatakan bahawa iblis tidak mempunyai kekuatan untuk menipu
manusia, kecuali mereka yang tunduk menurut langkah-langkah syaitan yang terdiri daripada
golongan orang yang sesat.


Ilmu kebatinan Melayu mengandungi rahsia-rahsia yang tidak mudah diungkap untuk difahami
oleh masyarakat umum termasuk sebahagian besar mereka yang mempelajari dan
mengamalkannya. Sifat tradisional ilmu-ilmu ini, yang diperturunkan dari mulut ke mulut, satu
generasi kepada satu generasi yang terkemudian meletakkan mereka yang mempelajari ilmu ini
menerima sepenuhnya amalan yang diperturunkan, menyebabkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa
yang digunakan berubah baris, sebutan, terjemahan dan tafsiran menurut evolusi yang berlaku.


Walaupun demikian, lafaz yang dituturkan masih tetap seperti bunyi perkataan Arab menyebabkan
masyarakat menganggapnya sebagai ayat-ayat al-Quran.
Natijah-natijah yang menarik, yang berupaya menyembuhkan penyakit, meramal tepat peristiwa
yang telah dan sedang berlaku begitu menarik perhatian. Apabila ayat-ayat dan amalan yang telah
dipesungkan, yang melahirkan sesuatu yang luar biasa itu bersatu dengan keyakinan masyarakat,
maka ilmu kebatinan Melayu seperti ini akan terus-menerus wujud dalam masyarakat dan dianggap
sebagai sesuatu yang biasa, padahal natijah-natijah yang menakjubkan tadi lahir daripada amalan
sihir. Sihir tidak akan berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin-jin.


Atabah – Utusan Malaysia